Keradangan merupakan tindak balas
sistem imunisasi kepada
jangkitan atau gangguan, dengan ciri-ciri berikut: kemerahan (rubor), panas (calor), bengkak (tumor), sakit (dolor) dan kegagalan berfungsi (dysfungsi) organ yang terbabit (functio laesa). Empat perkara pertama telah dikelaskan semenjak zaman dahulu lagi, sementara functio laesa ditambah kepada definasi keradangan oleh
Rudolf Virchow pada tahun 1858.Kemerahan dan panas disebabkan oleh peningkatan bekalan
darah kepada kawasan terlibat. Saluran darah mengembang, dan juga terdapat kehilangan plasma dari saluran darah ke kawasan tisu sekeliling. Ini menyebabkan
endema atau bengkak. Bengkak mengembangkan tisu, menekan hujung saraf, dengan itu menyebabkan kesakitan. Sel darah putih atau leukocytes memainkan peranan penting dalam keradangan; mereka menyerap keluar daripada kapilari, menyelit ruang tisu, dan bertugas sebagai
phagocyte mengutip
bakteria dan
sampah sel. Sel darah putih membantu membendung jangkitan dan menghalang penyebarannya.Apabila keradangan reda, tisu rosak diperbaiki. Bergantung kepada tahap keradangan dan jenis tisu terbabit, penyembuhan mungkin sepenuhnya atau separuh sahaja; dalam keradangan kecil kulit, sebagai contoh, tisu mampu dihasilkan semula, sementara dalam tisu saraf, penyembuhan tisu saraf lebih terhad dan sel saraf yang rosak mungkin digantikan dengan sel berparut