Kerajaan Perikatan Nasional
Kerajaan Perikatan Nasional

Kerajaan Perikatan Nasional

Portal PolitikPerdana Menteri Malaysia
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Menteri Dalam Negeri MalaysiaMenteri Pelajaran MalaysiaMenteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Malaysia
Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani Malaysia
Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Menteri Belia dan Sukan MalaysiaMenteri Besar Johor Darul Ta'zimIsu BertentanganYayasanBadan PemikirKeluargaBukuKeputusan Pilihan RayaKerajaan Perikatan Nasional adalah merupakan kerajaan campuran pertama yang ditubuhkan sebagai Kerajaan Persekutuan Malaysia melalui sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, kumpulan bekas pimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat yang diketuai bekas Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali, Parti Bersatu Sabah dan seorang Ahli Parlimen Bebas dengan majoriti tipis dan menjadikan ia sebagai sebuah kerajaan minoriti yang mempunyai majoriti untuk membentuk sebuah kerajaan.[1]Ia terbentuk selepas perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beliau mendakwa tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk terus menjawat jawatan Perdana Menteri.[2]Pada awalnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri ke-8 untuk menubuhkan kerajaan campuran Perikatan Nasional selepas menjawat sebagai Perdana Menteri interim. Namun, beliau tidak bersetuju kerana perlu menerima UMNO secara en bloc yang mana turut melibatkan sokongan oleh Dato' Sri Najib Tun Razak yang beliau tuduh sebagai seorang kleptokrat. Beliau tidak mahu menerima pemimpin dalam UMNO yang sedang dibicarakan di mahkamah dan hanya menerima pemimpin yang bersih dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.[3]Pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 telah dibuat kemudiannya dan telah mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat Malaysia, menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong melalui undian para Ahli Dewan Rakyat yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 dan tanpa menang sebagai sebuah parti gabungan dalam sebuah pilihan raya umum di Malaysia.[4]Ia merupakan sebuah sejarah baharu dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang telah menyaksikan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 selama 22 bulan berakhir setelah perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan digantikan oleh kerajaan Perikatan Nasional yang telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang sebahagiannya memenangi dan sebahagiannya lagi tewas dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan Nasional didaftarkan pada 7 Ogos 2020 bagi mengesahkan pembentukan kerajaan campuran Perikatan Nasional.[5]

Rujukan

WikiPedia: Kerajaan Perikatan Nasional http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/berita-politik/tun-mahat... http://www.xinhuanet.com/english/2020-03/01/c_1388... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-m-t... https://www.astroawani.com/berita-politik/enam-par... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/05/17... https://malaysiagazette.com/2020/02/23/najib-sokon... https://malaysiagazette.com/2020/02/24/%F0%9F%8E%A...