Kerajaan_Beraja_Perancis
Kerajaan_Beraja_Perancis

Kerajaan_Beraja_Perancis

Kerajaan Beraja Perancis (Bahasa Perancis: Royaume de France) adalah sebuah kerajaan beraja pada zaman pertengahan dan moden awal yang terletak di Eropah Barat. Ia merupakan negara pendahulu kepada Republik Perancis moden. Kerajaan Beraja Perancis adalah sebuah negara paling berkuasa di Eropah, sebuah kuasa besar sejak Zaman Pertengahan Akhir dan Perang Seratus Tahun. Ia juga adalah kuasa penjajah awal, dan mempunyai jajahan di seluruh dunia.Kerajaan ini dahulunya wujud berasal daripada Francia Barat (Francia Occidentalis), separuh bahagian barat daripada Empayar Carolus ekoran Perjanjian Verdun (843). Satu cabang dari dinasti yang memerintah empayar ini terus memerintah sehingga tahun 987, apabila Hugh Capet telah dipilih sebagai raja dan mengasaskan dinasti Capet. Wilayah ini kekali dikenali sebagai Francia dan pemerintahnya sebagai rex Francorum ("raja bagi orang Frank") sehingga Zaman Pertengahan Tinggi. Raja pertama yang memanggil diri beliau sebagai roi de France ("raja Perancis") adalah Philip II, pada tahun 1190. Perancis terus diperintah oleh pewaris Capet dan cabangnya iaitu Valois dan Bourbon sehingga sistem monarki dihapuskan pada tahun 1792 semasa Revolusi Perancis.Perancis pada Zaman Pertengahan adalah sebuah negara tidak berpusat, dengan sistem monarki feudal. Di Brittany dan Catalonia (kini sebahagian daripada Sepanyol) kekuasaan raja Perancis tidak dirasai. Lorraine dan Provence merupakan negeri-negeri dalam Empayar Rom Suci dan tidak lagi menajdi sebahagian daripada Perancis. Awalnya, raja-raja Frankia Barat dipilih oleh bangsawan sekular dan paderi, tetapi kebiasaan pertabalan kepada anak lelaki sulung dari raja yang memerintah semasa masa raja masih hidup mewujudkan asas pewarisan kepada anak lelaki, yang mana menjadi peraturan dalam Undang-undang Salic. Semasa Zaman Pertengahan, Raja England menuntut takhta Perancis, mengakibatkan sebuah siri peperangan yang dikenali sebagai Perang Seratus Tahun (1337–1453). Selepas itu, Perancis cuba melebarkan pengaruhnya ke Itali, tetapi telah dikalahkan oleh Sepanyol semasa Perang Itali (1494–1559).Perancis pada Zaman Moden Awal mula berpusat; bahasa Perancis mula digunakan dan mengantikan bahasa-bahasa lain dalam kegunaan rasmi, dan sistem monarki mendapat kuasa mutlak, meskipun sistem pentadbiran (Ancien Régime) disukarkan oleh sejarah dan ketidakseragaman dalam percukaian wilayah, undang-undang, kehakiman, dan pembahagian paderi, dan prerogatif tempatan. Perancis yang beragama mula berpecah kepada majoriti Katolik dan minoriti Protestant iaitu golongan Huguenot. Selepas beberapa siri perang saudara, Perang Agama (1562–1598), toleransi telah diberikan kepada Huguenot seperti yang tercatat dalam Edik Nantes. Perancis mununtut sebahagian besar wilayah Amerika Utara, yang dikenali sebagai New France. Perang dengan Great Britain menyebabkan kehilangan banyak wilayah ini pada menjelang tahun 1763. Campurtangan Perancis semasa Perang Revolusi Amerika telah membantu kemerdekaan Amerika Syarikat.Kerajaan Beraja Perancis menerima pakai perlembagaan bertulis pada tahun 1791, tetapi kerajaan ini kemudian dibubarkan setahun kemudian dan digantikan dengan Republik Perancis Pertama. Monarki dipulihkan semula oleh kuasa-kuassa besar lain pada tahun 1814 dan bertahan (kecuali semaa Seratus Hari pada tahun 1815) sehingga Revolusi Perancis pada tahun 1848.

Kerajaan_Beraja_Perancis

Raja  
Ibu kota Paris (900–1682)
Versailles (1682–1789)
Paris (1789–1791)
• 1790–1791 Armand Marc (terakhir)
Pemerintahan Monarki feudal (zaman pertengahan)
Monarki Mutlak (moden awal)
• Monarki Beperlembagaan diistiharkan Monarki Beperlembagaan diistiharkan
Perundangan Estates General
• Revolusi Perancis 5 Mei 1789
Agama Katolik Rom
Bahasa lazim Latin; Perancis dan dialek Romawi Gaul lain-lain; Lain-lain.
• 1774–1791 Louis XVI
• 1643–1715 Louis XIV
• Perjanjian VerdunPerjanjian Verdun 10 Ogos 843
• Kerabat Capet 987–1328
• 843–877 Karl II
Era sejarah Zaman Pertengahan / Moden Awal
Hari ini sebahagian daripada  Perancis
 Belgium
 Luxembourg
 Jerman
 Switzerland
• 1180–1223 Philip II dari Perancis
• Kerabat Valois 1328–1589
Mata wang Livre, Franc,
Écu, Louis d'or
• Kerabat Bourbon 1589–1791
• 987–996 Hugh Capet
Perdana Menteri  
• 1589–1610 Henry IV
• 1589–1611 Maximilien Béthune (pertama)

Rujukan

WikiPedia: Kerajaan_Beraja_Perancis http://www.amazon.com/France-Enlightenment-Harvard... http://www.amazon.com/Realms-Memory-Construction-F... http://www.amazon.com/Realms-Memory-Construction-F... http://www.amazon.com/Realms-Memory-Rethinking-Con... http://www.amazon.com/Social-Cultural-History-Mode... http://www.amazon.com/dp/0140130934/ http://www.amazon.com/dp/0198731299/ http://www.amazon.com/dp/0198731655/ http://www.amazon.com/dp/0199250472/ http://www.amazon.com/dp/0313303282/excerpt