Kerajaan Beraja Yugoslavia (
Bahasa Serbo-Croatia:Kraljevina Jugoslavija,
Bahasa Serbia Cyrillic:Краљевина Југославија, "Kerajaan Beraja
Slavia Selatan")
[4] adalah sebuah negara yang terletak di
Eropah Tenggara dan
Eropah Tengah, yang wujud pada
zaman antara perang (1918–1939) dan separuh pertama
Perang Dunia II (1939–1943).Ia telah ditubuhkan pada tahun 1918 dengan menggabungkan kerajaan sementara
negara Croat, Serb dan Slovene (di mana diasaskan daripada wilayah-wilayah daripada bekas
empayar Austria-Hungary) dengan bekas kerajaan bebas,
Kerajaan Beraja Serbia.
Kerajaan Beraja Montenegro telah bergabung dengan Serbia lima hari sebelumnya, sementara wilayah-wilayah di
Kosovo,
Vojvodina dan
Vardar Macedonia merupakan sebahagian daripada Serbia sebelum penyatuan.Untuk sebelas tahun pertama kewujudannya, kerajaan ini secara rasminya dikenali sebagai
Kerajaan Beraja Serb, Croat dan Slovene, tetapi istilah "Yugoslavia" merupakan nama seharian yang berakar umbi dari asal.
[5] Nama rasmi negara ditukar kepada "Kerajaan Beraja Yugoslavia" oleh Raja
Alexander I pada 3 Oktober 1929.
[5]Negara ini telah diperintah oleh
dinasti Karađorđević Serbia, yang mana dahulunya memerintah
Kerajaan Beraja Serbia di bawah
Peter I bermula pada tahun 1903 (selepas
Penggulingan Mei) dan selepasnya.
Peter I menjadi raja pertama Yugoslavia sehingga kematian beliau pada tahun 1921. Beliau telah digantikan oleh anak lelaki beliau Alexander I, yang mana merupakan raja muda. Beliau dikenali sebagai "Alexander si Penyatu" dan kemudian menamakan semula kerajaan ini "Yugoslavia" pada tahun 1929. Beliau telah dibunuh di
Marseille oleh
Vlado Chernozemski, seorang anggota
Pertubuhan Revolusi Macedonia Dalaman (IMRO), semasa lawatan beliau ke
Perancis pada tahun 1934. Takhta kemudian diberikan kepada anak lelaki beliau (yang masih di bawah umur)
Peter. Sepupu beliau
Paul memerintah sebagai
pemangku raja sehingga tahun 1941, apabila Peter II menaiki takhta.
[6] Keluarga diraja melarikan diri ke
London pada tahun sama, sebelum negara
diceroboh oleh kuasa-kuasa Paksi.Pada April 1941, negara ini telah diduduki dan dipecahkan oleh kuasa-kuasa Paksi. Sebuah
kerajaan buangan diraja yang diakui oleh
United Kingdom dan, kemudian oleh kesemua
kuasa-kuasa Berikat, telah ditubuhkan di London. Pada tahun 1944, selepas ditekan oleh
Perdana Menteri Britain Winston Churchill, Raja mengiktiraf kerajaan
Persekutuan Demokratik Yugoslavia sebagai sebuah kerajaan yang sah. Ia diwujudkan pada 2 November berikutan tandatangan dalam
Persetujuan Vis oleh
Ivan Šubašić (bagi pihak Kerajaan Beraja) dan
Josip Broz Tito (bagi pihak
Partisan Yugoslavia).
[7]