Kerajaan_Palembang

Kesultanan Palembang (secara rasmi Kesultanan Palembang Darussalam) adalah satu kerajaan Melayu Islam atau kesultanan di negeri Sumatera Selatan yang mempunyai ibu bandar di Palembang. Kesultanan ini ditubuhkan oleh bangsawan Palembang bernama Sri Susuhunan Abdurrahman[1] Kesultanan ini dihapuskan oleh penjajahan kerajaan Belanda tahun 1823 pada masa kekuasaan raja Ahmad Najamuddin. Seorang pengembara dan ahli geografi berbangsa Perancis, Malthe Conrad Bruun (1755-1826) pernah melancong ke kesultanan ini, dan dia menggambarkan bahawa masa itu sudah ramai bangsa yang duduk pada wilayah kesultanan ini; iaitu bangsa Etnik Melayu (bangsa peribumi), Jawa, Cina, Siam, Minangkabau, dan lain-lain. Dia ada sebut pula kalau bangunan yang diperbuat daripada batu bata amnya merangkumi bangunan-bangunan kerajaan macam istana, vihara, dan lain-lain.

Kerajaan_Palembang

Keberajaan tamat 1823
Raja terakhir Ahmad Najamuddin
Keberajaan bermula 1659
Raja pertama Sri Susuhunan Abdurrahman