Kerajaan_perpaduan

Kerajaan perpaduan atau 'Kerajaan Tanpa Pembangkang' dicetuskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas gagalnya usaha undi tidak percaya terhadap Datuk Seri (Tun) Abdullah Badawi di Parlimen. Idea kerajaan perpaduan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat ini mencetuskan ketidaktentuan di kalangan Pakatan Rakyat. Idea ini belum dibincangkan secara panjang lebar dan pertemuan belumpun diadakan. Dalam beberapa hal, perjuangan dan sumbangan PAS diketepikan dan dipinggirkan di Pulau Pinang, Perak, dan Selangor . Pas hanya berkuasa di Kedah dan Kelantan. Di Perak pula, sungguhpun Menteri Besar Perak dari Adun PAS tetapi dilihat tidak cukup berpengaruh. Begitu juga pandangan PAS menerusi Dr Hassan Ali di Selangor sering dipertikaikan oleh DAP. Sebenarnya perjuangan PAS dan DAP bagaikan bumi dengan langit.