Kerala
Kerala

Kerala

കേരളം KēraḷaṁKepadatan• 819/km2 (2,121/sq mi)Kerala (['keːɹəˌɭɐ] (bantuan·info); Bahasa Malayalam: കേരളം Kēraḷaṁ) ialah sebuah negeri di Pantai Malabar yang terletak di bahagian barat daya India. Kerala borders bersempadan dengan Tamil Nadu di timur dan Karnataka di timur laut; pada barat dan selatannya masing-masing terletaknya Laut Arab dan Lautan Hindi, serta pulau-pulau Lakshadweep dan Maldives. Kerala hampir menutupi Mahé, sebuah kawasan terpisah dalam wilayah Pondicherry. Kerala ialah salah satu daripada empat buah negeri India Selatan.Kerala yang mulanya diduduki oleh penutur bahasa Proto-Dravidia Selatan pada abad ke-10 SM ini kuat dipengaruhi Empayar Maurya. Kemudian, kerajaan Chera dan negeri-negeri kota Brahmin Namboothiri yang feudal menjadi kuasa-kuasa utama dalam rantau ini.[1] Pertembungan awal dengan kuasa asing memuncak dalam pergelutan antara kuasa-kuasa penjajah dan tempatan. Akta Penyusunan Semula Negeri-negeri pada 1 November 1956, menaik taraf Kerala menjadi sebuah negeri. Pembaharuan sosial yang dikuatkuasa pada akhir abad ke-19 oleh Cochin dan Travancore diluaskan lagi oleh kerajaan-kerajaan selepas kemerdekaan, menjadikan Kerala di kalangan rantau-rantau yang paling lama jangka hayat, paling sihat, paling saksama kepada kedua-dua jantina dan yang paling celik huruf dalam Dunia Ketiga. Bagaimanapun, kadar-kadar bunuh diri, ketagihan alkohol dan penganguran Kerala adalah antara yang tertinggi di kalangan negeri-negeri India.[2]Satu pantauan yang dijalankan pada tahun 2005 oleh Transparency International meletakkan Kerala sebagai negeri yang paling bersih (dari segi rasuah) di negara.[3]Asal-usul nama Kerala banyak dipertikaikan, dan menjadi satu tekaan ramai. Teori yang paling laris ialah bahawa Kerala ialah satu kata lakur bahasa Malayalam tidak sempurna yang menggabungkan kera ('pokok kelapa') dan alam ('tanah' atau 'tempat' atau 'rumah'). Satu lagi teori menceritakan bahawa nama ini berasal daripada ungkapan chera alam (Tanah Chera). Maka itu, para penduduk asal Kerala memanggil nama tanah mereka sebagai Keralam. Industri pelancongan Kerala antara lain, juga menggunakan ungkapan Negara kepunyaan Tuhan sendiri.