Kerdil_kuning
Kerdil_kuning

Kerdil_kuning

Bintang kerdil kuning, bintang kerdil G, atau namanya yang persis, bintang jujukan utama jenis G ("G-type main-sequence star") (G V), ialah bintang jujukan utama jenis spektrum G dan kekilauan kelas V. Bintang sedemikian berjisim lebih kurang 0.8 sehingga 1.2 jisim suria dan mempunyai suhu permukaan antara 5,300 dan 6,000 Kelvin (K).[1], Tables VII, VIII. Sama seperti bintang jujkan utama yang lain, bintang G V berada dalam proses mengubah hidrogen kepada helium di dalam terasnya melalui lakuran nuklear.[2]Matahari kita merupakan contoh bintang G V yang paling terkenal (dan yang paling kelihatan). Pada setiap saat, ia melakur lebih kurang 600 juta tan hydrogen kepada helium, sekaligus mengubah sekitar 4 juta tan jirim menjadi tenaga.[3][4] Selain Matahari, contoh-contoh bintang jujukan utama jenis G termasuk Alpha Centauri A, Tau Ceti, dan 51 Pegasi.[5][6][7]Perkataan kerdil kuning sebenarnya perkataan tak padan kerana julat warna bintang G adalah daripada warna putih bagi bintang yang lebih berkilauan seperti Matahari ataupun Suria, hingga ke warna kekuningan bagi bintang G V yang kurang kilaunya.[8] Matahari sebenarnya berwarna putih, tetapi kelihatan kuning apabila dilihat menerusi atmosfera Bumi disebabkan serakan Rayleigh. Tambahan pula, walaupun perkataan "kerdil kuning" digunakan bagi membezakan bintang jujukan utama kuning dengan bintang gergasi, kerdil kuning seperti Matahari lebih bersinar daripada 90% bintang di dalam galaksi yang kebanyakannya kerdil jingga; kerdil merah; dan kerdil putih yang merupakan bintang pasca-juukan utama.Sebuah bintang G V akan melakur hidrogen buat tempoh lebih kurang 10 bilion tahun sehinggalah terasnya kehabisan hidrogen. Apabila ini berlaku, bintang itu akan membesar berkali ganda dan menjadi bintang gergasi merah seperti Aldebaran (Alpha Tauri).[9] Akhirnya gergasi merah membuang lapisan gas luarannya sebagai nebula planet sementara terasnya menyejuk dan menguncup menjadi kerdil putih yang lebih padat dan mampat.[2]

Rujukan

WikiPedia: Kerdil_kuning http://www.ari.uni-heidelberg.de/aricns/cnspages/4... http://adsabs.harvard.edu/abs/1981A&AS...46..193H http://www.astronomy.ohio-state.edu/~ryden/ast162_... http://physics.valpo.edu/courses/a101/notes/070409... http://simbad.u-strasbg.fr/simbad/sim-id?Ident=51+... http://simbad.u-strasbg.fr/simbad/sim-id?Ident=Ald... http://simbad.u-strasbg.fr/simbad/sim-id?Ident=Alp... http://simbad.u-strasbg.fr/simbad/sim-id?Ident=Tau... http://www.vendian.org/mncharity/dir3/starcolor/