Kerinchi asalnya merupakan kawasan perkampungan utama dan luas di
Kuala Lumpur,
Malaysia. Namun, kini ia telah mengalami transformasi pembangunan yang drastik, sekaligus menamai projek pembangunan hartanah berintegrasi di pinggiran bandaraya Kuala Lumpur. Kerinchi juga kini lebih dikenali sebagai
Bangsar Selatan (Bangsar South).Kawasan Kerinchi terletak berdekatan dengan beberapa mercu tanda umum di Kuala Lumpur seperti bangunan
Telekom Malaysia Kuala Lumpur, berdekatan dengan
Mid Valley Megamall. Bangunan
Angkasapuri terletak di atas
Bukit Putra selain terletak bersempadan dengan
Petaling Jaya. Ramai pelajar tinggal di kawasan ini disebabkan ia berdekatan dengan kampus induk
Universiti Malaya, serta terdapat
Pusat Perubatan Universiti Malaya di situ.Kerja-kerja penaiktarafan kawasan yang berukuran 60-ekar (240,000 m2) ini dibangunkan oleh UOA Holdings Berhad selaku syarikat yang bertanggungjawab mendapatkan sebidang ekar tanah di Kampung Kerinchi sejak tahun 2005. Antara projek perumahan sedia ada dalam lingkungan terhampir di kawasan Kerinchi termasuklah Projek Perumahan Rakyat (PPR), apartmen dan flat mampu milik seperti Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi dan Flat Sri Angkasa. Projek terbaharu, The Bangsar South, dijangka dapat membangunkan lagi kawasan Kerinchi pada masa depan. The Bangsar South merangkumi binaan menara dengan sentuhan moden dan kontemporari, kondominium hartanah kos pertengahan dan tinggi dan beberapa ruang komersial dan kedai aneka dalam satu hab perniagaan.Sebelum pembinaan, pemaju telah merangka pelan penaiktarafan Kampung Kerinchi pada tahun 2007, justeru membawa kepada projek pelebaran jalan masuk utama, jambatan pejalan kaki berbumbung yang panjang menghubungkan
Stesen LRT Kerinchi ke Kompleks Bangsar South dan kerja-kerja pemetaan landskap kontemporari.
[1][2]