Akuan Sumpah Dr Muhamad Yang Memeriksa Saiful Bukhari Kes liwat Anwar Ibrahim II

Dr Muhamad Osman adalah Dr pertama yang memeriksa Saiful Bukhari, yang mendakwa mangsa liwat Dato Seri Anwar Ibrahim. Beliau adalah seorang Dr perubatan dengan pengalaman 30 tahun, dan pada waktu kejadian sedang berkhidmat dengan Pusrawi. Pada 29 Jun 2008, Saiful Bukhari telah mengadu kepada Dr Muhamad bahawa beliau telah di liwat. Dr Muhamad yang mendapat ijazah perubatan dari Universiti Yangon, berkata selepas menjalankan pemeriksaan, beliau memberitahu Mohd Saiful bahawa duburnya berada dalam keadaan sihat dan normal tanpa sebarang kesan koyak[5].

Pada Ogos 2008, Dr Muhamad telah mengeluarkan akuan sumpah mengakui telah memeriksa Saiful Bukhari dan tidak menemui sebarang kesan diliwat[6]. Dr Muhamad ketika disoal di dalam mahkamah, menjawab beliau menyediakan SD itu atas permintaan seorang peguam yang bertindak bagi pihak hospital.

“Saya diminta menyediakan SD untuk fail sulit hospital, berikutan kebocoran mengenai laporan perubatan saya berkaitan dengan Mohd Saiful ketika saya berada di Myanmar,” katanya.

Rujukan

WikiPedia: Kes liwat Anwar Ibrahim II http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-port-... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=35287... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php...