Kesatuan_Eropah
Kesatuan_Eropah

Kesatuan_Eropah

Kesatuan Eropah (Bahasa Inggeris: European Union, EU) merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah. Pertubuhan pendahulunya, "Komuniti Ekonomi Eropah" diasaskan pada 1957 melalui Perjanjian Rom. Perjanjian Maastricht 1992 melihatkan banyak perubahan dalam pertubuhan ini, terutamanya dalam hal ehwal kewangan dan politik dan juga pengenalan nama "Kesatuan Eropah". Pada hari ini, EU mempunyai 27 negara ahli dan beberapa negara lagi yang sedang memohon untuk memasukinya dan 1 negera telah keluares dari persatuan itu.Jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar setiap negara ahli EU adalah terbanyak di dunia, iaitu 11.6 trilion euro (AS$15.7 trilion). EU mengamalkan satu pasaran tunggal melalui dasar perdagangan umum, dan juga Dasar Pertanian/Perikanan Umum, dan Dasar Pembangunan Serantau. Mata wang euro diperkenalkan pada 2004 dan digunakan oleh 13 negara ahlinya (dipanggil Eurozone). Sejak 1993, EU juga mengamalkan Dasar Luar Negeri dan Keselamatan yang terhad, dan juga kerjasama dalam hal ehwal polis dan kehakiman. Institusi-institusi penting EU termasuk Suruhanjaya Eropah, Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, Mahkamah Keadilan Eropah dan juga Bank Pusat Eropah. Warga EU berhak melabur, bermastautin, bergerak dan bekerja di negara ahli EU lain dengan bebas tanpa pasport dan pemeriksaan kastam seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Schengen.

Kesatuan_Eropah