Kesultanan_Siak

Kesultanan Siak Sri Indrapura atau Kesultanan Siak ialah sebuah kerajaan di wilayah Riau, Indonesia yang wujud pada tahun 1723 sehingga tahun 1946. Ia diasaskan oleh Raja Kecil daripada Kerajaan Pagar Ruyung dan Johor (Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah I), selepas beliau Berjaya merampas takhta Kesultanan Johor.Sultan Syarif Kasim II mengisytiharkan penyertaan kesultanan beliau dalam Republik Indonesia tahun 1946 selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.