Ketakterhinggaan

Ketakterhinggaan merujuk kepada bilangan yang tidak terhingga, iaitu tiada had. Ia diberi lambang ∞. Contoh bilangan yang tidak terhingga ialah bilangan nombor asli (1, 2, 3, …). Ini adalah kerana tiada nombor asli yang terbesar.Kajian mengenai ketakterhinggaan terdapat dalam bidang matematik, falsafah, dan ketuhanan.