Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun
pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan
beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk
bawang yang menggunakan daun
kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi
ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.Di kalangan penduduk
utara Semenanjung Malaysia dan
Selatan Thailand, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada
jantan dan
betina. Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara
kukus ataupun
rebus.Ia enak dimakan dengan
rendang ayam mahupun
rendang daging.