Kewanitaan

Kefemininan [kĕ-fé-mi-nin-an] atau kewanitaan (juga Mal.: femininiti, Ind.: femininitas) adalah satu set sifat, tingkah laku, dan peranan yang umumnya dikaitkan dengan perempuan dan wanita (yakni, feminin). Ciir kewanitaan ini dibina secara sosial, tetapi terdiri daripada faktor-faktor yang ditentukan secara sosial dan biologi.[1][2][3] Ini menjadikannya berbeza daripada definisi seks wanita biologi,[4][5] kerana kedua-dua lelaki dan wanita dapat memperlihatkan ciri-ciri feminin. Ciri-ciri tradisi yang dinamakan sebagai feminin termasuk kelembutan, empati, kerendahan hati, dan kepekaan,[6][7][8] walaupun ciri-ciri yang berkaitan dengan kewanitaan berbeza-beza bergantung pada lokasi dan konteks, dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor sosial dan budaya.[9]