Khadijah_Ibrahim
Khadijah_Ibrahim

Khadijah_Ibrahim

Dato' Khadijah Ibrahim (juga dieja sebagai Khaty Ibrahim dan Khatijah Ibrahim) merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal dari Malaysia. Dilahirkan pada 19 Januari 1959, beliau telah mula muncul sebagai artis ketika berusia 19 tahun setelah mengikuti jejak langkah abangnya, Latif Ibrahim (Allahyarham) dan kakaknya, Sophia Ibrahim. "Kupendam Sebuah Duka" merupakan sebuah lagu yang telah menaikkan nama beliau ke dunia seni hiburan di Malaysia. Beliau juga pernah merakamkan lagu yang istimewa hasil ciptaan Datuk Ahmad Nawab seperti lagu "NAM Shall Lead The Way" (untuk Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali - NAM XIII) dan lagu "Malaysia Truly Asia" (pernah dirakamkan juga oleh artis lain di dalam bahasa utama dunia).Khatijah Ibrahim juga adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain M Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.

Khadijah_Ibrahim

Kelahiran Khadijah binti Ibrahim
(1959-01-19) 19 Januari 1959 (umur 61)
Malaysia
Pasangan Mohamad Rashid Fahmi Batsaloo (suami pertama)[1],
Khaled Bensalah (suami kedua)
Pekerjaan Penyanyi, pelakon
Tahun aktif 1970–an–kini