Khalid_bin_al-Walid
Khalid_bin_al-Walid

Khalid_bin_al-Walid

Kempen zaman Nabi Muhammad (SAW)
Uhud – Mu'tah – Taif – Khandaq – Hunain – Makkah – Ekspedisi Daumat al-Jandal – TabukPeperangan Riddah
Yamamah – Zafar – Darin – Buzakhah – Ghamrah – Daumat al-Jandal – NaqraPenaklukan ke atas Empayar Parsi
Perang Berantai – Perang Sungai – Perang Walaja – Perang Ullais – Perang Hirah – Perang Ainul Tamar – Perang Muzayyah – Saniyy – Zumail – Perang FirazPenaklukan Syria Romawi
Firaz – Qartin – Bosra – Ajnadain – Marj-al-Rahit – Fahl – Damsyik – Maraj-al-Debaj – Emesa – Yarmuk – Baitulmuqaddis – Hazir – AleppoKempen di Anatolia Rom
Pertempuran Jambatan Besi – KahramanmaraşKhalid bin al-Walid atau Khalid ibni al-Walid (1 Julai 592- 1 Oktober 642) (Bahasa Arab: خالد بن الوليد‎; Khālid ibn al-Walīd), nama sebenarnya Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah; beliau juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul (bahasa Arab: بسيف الله المسلول bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh.[1] Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah-khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Umar Al-Khattab.[1] Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Rom dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.Khalid bin al-Walid berbangsa Arab keturunan Quraisy yang pernah suatu ketika menentang Nabi Muhammad . Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika tempoh damai berikutan pemeteraian Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada Nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan Nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sasan Parsi dan juga tentera Empayar Byzantine (digelar "Rum" oleh orang Arab pada masa itu.