Khyber_Pakhtunkhwa


Khyber Pakhtunkhwa (bahasa Urdu: خیبر پختونخوا) merupakan sebuah wilayah di Pakistan. Ibu kotanya ialah Peshawar. Wilayah ini terletak di bahagian barat laut negara itu. Dahulunya dikenali sebagai Wilayah Sempadan Barat Laut, Parlimen Pakistan mencadangkan menamakan semula wilayah ini kepada Khyber Pakhtunkhwa, yang bermaksud "Kawasan Khyber di Tanah Pakhtun" pada 2010.[1] Wilayah ini seluas 74,521 km² dan memiliki jumlah penduduk seramai 19,343,242 orang (2003). Antara bahasa yang ditutur ialah bahasa Pashto, bahasa Hindko, bahasa Khowar, dan bahasa Parsi.
Kumpulan etnik utama di wilayah ini adalah Pashtun; kumpulan etnik yang lebih kecil termasuklah yang paling dikenali iaitu masyarakat Hazarewal dan Chitralis. Bahasa teras di sini adalah bahasa Pashto, dikenali masyarakat tempatan sebagai Pukhto.Ibu kota wilayah ini adalah Peshawar, yang dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai Pekhawar.