Kelaziman Khöömei

Nyanyian ini lazim dipersembahkan dalam banyak tujuan sama ada dalam peringkat rasmi seperti majlis tokoh ternama mahupun serendah peringkat tidak formal seperti semasa menggembala ternakan mahupun mendodoikan anak tidur.

Penyanyian ini sering diajarkan daripada orang-orang tua yang mahir kepada pelajar muda yang berminat. Kaum wanita pula pernah tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan menyukarkan kelahiran anak sendiri, namun keadaan ini berubah dari seawal 1950-an lagi-lagi dengan wujudnya suatu acara "simposium antarabangsa" yang bertujuan memperkenalkan gaya nyanyian ini kepada orang ramai.