Kibibait

Kibibait (singkatan daripada kilo binary byte dalam bahasa Inggeris) ialah unit maklumat atau storan komputer yang diasaskan oleh Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (IEC) pada tahun 2000. Simbolnya ialah KiB.[1]Kibibait adalah berkait rapat dengan kilobait, unit yang boleh digunakan sebagai sinonim untuk kibibait atau untuk merujuk kepada 10³ bait = 1,000 bait (sila lihat awalan perduaan). Penggunaan istilah ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang biasa ditemukan apabila memerihalkan bahantara storan kerana istilah "kilobait" adalah kabur maknanya. Oleh itu, istilah "kibibait" telah dikembangkan untuk merujuk kepada 1,024 bait secara eksklusif.Perbezaan antara unit berasaskan SI dengan unit berasaskan awalan perduaan bertambah secara eksponen. Dengan kata yang lain, satu kilobait SI adalah hampir sama dengan 98% kibibait, tetapi satu megabait adalah kurang daripada 96% mebibait, dengan satu gigabait merupakan 93.1% gibibait. Ini bermaksud bahawa sebuah pemacu cakera keras 500 GB akan dipaparkan sebagai "465 GB". Apabila saiz-saiz storan menjadi lebih besar dan unit-unit yang lebih tinggi digunakan, perbezaan ini akan menjadi lebih nyata.Walaupun demikian, penerimaan istilah ini adalah masih terhad.