Kibibit

Kibibit (singkatan daripada kilo binary binary digit dalam bahasa Inggeris) ialah unit maklumat atau storan komputer yang disingkatkan kepada Kibit dan kekadangnya Kib. (Perhatikanlah bahawa singkatan-singkatannya bermula dengan huruf besar, manakala kbit tidak.)Kibibit adalah berkait rapat dengan kilobit. Kilobit boleh merupakan sinonim kepada kibibit atau merujuk kepada 103 bit = 1,000 bit, bergantung kepada konteksnya.Institut Sains dan Teknologi Kebangsaan memerhatikan "adalah penting bahawa awalan-awalan baru bagi gandaan-gandaan perduaan diakui sebagai bukan sebahagian Sistem Unit Antarabangsa (SI), sistem metrik moden." Harus diperhatikan juga bahawa unit-unit tersebut tidak digunakan secara umum di kalangan jurutera perisian dan jurutera elektrik profesional yang biasanya menggunakan awalan perpuluhan apabila merujuk kepada kuantiti-kuantiti perduaan.