Kiblat
Kiblat

Kiblat

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam
(suatu disiplin kajian Islam)Kiblat atau juga dieja qiblat, merujuk kepada arah Kaabah yang menjadi titik arah sembahyang bagi orang Islam. Pada mulanya, kiblat mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem, namun pada tahun 624M diganti menjadi mengarah ke Kaabah di Mekah.Kiblat merupakan perkataan Arab yang merujuk arah apabila seseorang Muslim solat. Asalnya, mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem (dan dengan itu dikenali sebagai Pertama dari Dua Kiblat). Pada tahun 624M, semasa penghijrahan Nabi Muhammad SAW di Madinah, arah Kiblat ditukar ke arah Kaabah, dan kekal sehingga kini. Apabila seseorang Muslim itu mengerjakan solat dari dalam Kaabah, seseorang Muslim boleh menghadap dimana-mana dinding keluar yang terdapat dalam Kaabah semasa solat namun disunatkan untuk solat pada tapak dan arah dimana Nabi Muhammad SAW bersolat di dalam Kaabah, manakala bagi mereka yang berada di luar Kaabah pula, mereka boleh menghadap mana-mana dinding atau penjuru pada binaan Kaabah untuk bersolat kerana pusingan Kaabah itu 360 darjah.Kiblat, merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah. Dalam amalan agama Islam, solat mesti menghadap ke arah Kaabah. Perlu diingatkan bahawa seseorang Muslim tidak menyembah Kaabah atau kandungannya, Kaabah hanya merupakan titik rujukan untuk solat.Kiblat menunjukkan arah terpendek ke Kaabah. Disebabkan Bumi berbentuk seperti bebola, laluan ini membentuk bulatan besar seperti laluan kapal terbang. Lokasi Kaabah (di 21° 25' 24" N, 39° 49' 24" E) boleh ditentukan secara geometri (sfera) untuk menentukan arah Kiblat di mana-mana sahaja di muka Bumi ini.Hanya satu kes khas wujud: apabila bersolat dalam Kaabah sendiri, seseorang Muslim menghadap ke arah dinding keluar semasa solat.Pada masa silam, umat Islam yang mengembara menggunakan astrolob untuk menentukan arah Kiblat. Pada tarikh tertentu dalam tahun apabila Matahari berada tepat di atas Kaabah, arah bayang di semua tempat akan menunjukkan dengan tepat arah Kiblat. Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih (untuk korban mengikut kepercayaan Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan dengan muka menghadap kearah Kiblat.Beliau berkata, semua empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali bersepakat bahawa menghadap kiblat adalah syarat sah solat. Mazhab Syafie menetapkan tiga syarat yang boleh diguna pakai bagi memenuhi syarat menghadap kiblat.