KidZania Kuala Lumpur
KidZania Kuala Lumpur

KidZania Kuala Lumpur

KidZania Kuala Lumpur merupakan pusat hiburan keluarga tertutup yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Taman tema ini menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman dalam hiburan untuk kanak-kanak di dalam bandar yang bersaiz kecil. Pengalaman berada di sini adalah seperti kehidupan sebenar yang memperkasa, memberi inspirasi dan mendidik anak-anak kecil dalam melakukan pekerjaan di dalamnya. Tempat ini juga adalah yang ketiga di rantau Asia Tenggara dan kesebelas di dunia. Tempat ini juga mengalami perubahan dalam menyedikan fasiliti yang diperbaharui dan diperbaiki selain daripada aktiviti, operasi dan pengisiannya dari semasa ke semasa.[1]Para pengunjung juga berpeluang untuk memilih sebuah pertubuhan seperti hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesyen radio, studio televisyen, teater dan lain-lain. Kanak-kanak akan diberi pilihan untuk memilih satu pekerjaan yang terdiri daripada lebih 90 pekerjaan yang berlainan di 59 pertubuhan yang berlainan. Mereka juga boleh menjadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, mekanik, model, doktor, pelukis dan pelakon serta banyak lagi.Mereka juga boleh memperolehi wang di dalam matawang KidZania yang digelar sebagai "kidZos" yang boleh disimpan di dalam akaun simpanan atau mempelanjakannya di sekitar KidZania Kuala Lumpur.[2]Selain itu, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin telah bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Rakan Riang Sdn. Bhd. (RRSB). Taman tema ini juga dibangunkan oleh syarikat usaha sama antara Themed Attractions and Resorts Sdn. Bhd. (TAR) dan Boustead Curve Sdn. Bhd. untuk menjayakan projek ini.[3] Taman tema ini disasarkan untuk menerima kehadiran sehingga 500,000 pengunjung dalam setahun susulan daripada kedudukannya di lokasi yang strategik yang menjadi tumpuan ramai kerana dibina di pusat membeli-belah The Curve di Petaling Jaya. Taman tema ini dilihat sebagai satu-satunya taman tema yang berunsur pendidikan di Malaysia setakat ini. Pembinaan taman tema ini adalah bernilai RM 50 juta serta mewujudkan 400 peluang pekerjaan sebaik sahaja ia beroperasi.[4]

KidZania Kuala Lumpur

Pemilik Themed Attractions & Resorts Sdn. Bhd.
Tema Pusat hiburan keluarga
Pengurus besar Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin
Lokasi {{{location}}}, Curve NX, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Musim beroperasi Sepanjang tahun
Dibuka pada 28 Februari 2012 (2012-02-28)
Laman sesawang www.kidzania.com.my