Penerbitan Kifarah_Mistik

Kepercayaan masyarakat seperti mandi bunga untuk membuang sial, mewarisi saka, hantu-hantu akan berkeliaran pada malam Jumaat merupakan kisah-kisah mistik yang sering diceritakan. Namun, perkara-perkara khurafat ini yang terpesong dari ajaran agama boleh mendatangkan mudarat jika masyarakat mempercayainya secara melulu. Kifarah Mistik menghimpunkan kisah-kisah mistik yang berlaku dalam masyarakat Melayu Malaysia dalam setiap episod untuk dijadikan pedoman dan iktibar.[1][2]