Taburan Kijang

Kijang boleh didapati di Malaysia. Kijang (Muntiacus muntjak) atau juga biasanya dikenali sebagai rusa menyalak disebabkan bunyi seperti menyalak yang dihasilkannya apabila mengesan bahaya. Kadang-kala ia mampu menyalak lebih dari sejam. Spesies ini terbahagi kepada sebelas subspesies Kijang (Muntjacs) sepanjang Asia. Kijang khusus bertaburan di Asia Selatan, tetapi salah satu haiwan Asia yang paling kurang diketahui. Bukti paleontologi membuktikan bahawa Kijang telah ada semenjak akhir era Pleistocene sekurang-kurangnya 12,000 tahun dahulu. Semenjak itu, ia memainkan peranan penting di Asia Selatan bagi sukan memburu, selain diburu bagi daging dan kulitnya. Sering kali ia diburu dipinggi kawasan pertanian kerana ia dianggap perosak mengoyakkan kulit pokok dan merosakkan tanaman.