Plot Kijiya

Selepas bencana Tsunami menimpa manusia, makhluk-mahluk jahat yang dipanggil pelesit telah muncul dari kegelapan. Pelesit-pelesit ini membunuh manusia untuk menunjukkan siapa yang layak menguasai bumi. Sekumpulan manusia yang mampu membunuh pelesit telah tampil dan bergabung untuk menentang makhluk tersebut. Perjuangan mereka kemudiannya diteruskan dengan penubuhan sebuah unit askar melawan pelesit. Mereka yang mampu membunuh pelesit ini digelar ahli sihir.

Kijiya, seorang budak nakal yang juga merupakan seorang pelajar di Sekolah 0109 (Sek-0109) bersama-sama Laryu, Franjlin Ujin, dan Orka. Sek-0109 diajar oleh Master Kutaa, seorang ahli sihir matang. Semasa menjalankan misi di SN8, mereka bertemu dengan pelajar Sekolah 2071 (Sek-0109) yang lebih moden serta popular berbanding mereka. Sek-2071 menggunakan teknologi moden untuk berurusan dengan hal-hal pelesit, sementara Sek-0109 lebih kepada penggunaan kuasa luar biasa manusia. Ketika melakukan misi tersebut, mereka terserempak dengan seekor pelesit matang tahap 3 dan terpaksa berlawan dengan pelesit tersebut walaupun mereka masih bergelar pelajar. Kerana pelesit tersebut lebih kuat daripada mereka, Laryu, Ujin dan Okra tewas lantas tidak sedarkan diri. Maka tinggallah Kijiya berseorangan menentang pelesit tersebut. Dia yang merupakan seorang manusia separuh pelesit terpaksa menggunakan kuasa pelesitnya dengan memakan sebiji epal jampi yang diberikan oleh Master Kutaa sebelum mereka pergi menjalankan misi. Dengan kuasa pelesit itu, Kijiya berjaya menumpaskan pelesit tahap 3 tersebut dan mendapat ron tahap 3 daripadanya. Tapi, ketika itu, pelajar Sek-2071 muncul dan Kijiya pun berpura-pura tidak sedarkan diri kerana takut rahsianya terbongkar. Ron tahap 3 tadi telah dicuri oleh pelajar Sek-2071 dari tangan Kijiya yang berpura-pura tidak sedarkan diri. Dengan itu, Sek-0109 terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Setelah menghadapi pelbagai cabaran, pelajar Sek-0109 telah pergi ke East Park 23 untuk menjalani ujian menjadi ahli sihir tahap 1. Mereka telah berjaya lulus dalam ujian tersebut dan kini mereka telah mula menjalankan misi sebagai ahli sihir tahap 1.

Berkaitan