Watak-watak Kijiya

Ahli sihir

Kijiya

Watak utama dalam siri ini. Dia adalah seorang remaja yang nakal tetapi baik hati. Kijiya ialah seorang ahli sihir dan mempunyai senjata "Dragon Head" yang berupa tongkat kayu yang mana kepala tongkatnya pernah dijadikan topeng oleh Kijiya. Kijiya juga memiliki kuasa pelesit oleh kerana beliau merupakan kacukan manusia dan pelesit. Ayah kepada Kijiya ialah Sharan yang merupakan seekor pelesit.Namun , ibunya merupakan seorang manusia biasa . Kuasa ini dia sembunyikan daripada rakan-rakannya kerana ditegah oleh Master Kutaa.

Laryu

Ketua pasukan ahli sihir bagi Sekolah Ahli Sihir 0109. Dia seorang yang sering senyum dan mempunyai sifat kepimpinan. Laryulah yang bertanggungjawab terhadap makanan ahli-ahli sihir Sekolah 0109. Senjata Laryu berupa gasing kayu. Laryu adalah seorang anak yatim tanpa bapa. Ibunya pula sedang sakit. Laryu yang sibuk dengan kehidupan sebagai ahli sihir bagaimanapun tidak mengabaikan ibunya yang sakit itu. Dia menjadi ahli sihir untuk menyembuhkan ibunya yang separuh daripada rohnya telah dimakan oleh pelesit. Dia menjumpai Sekolah Ahli Sihir 0109 dalam usahanya mencari ahli sihir yang mampu mengubati ibunya.

Franjlin Ujin

Satu-satunya ahli perempuan dalam pasukan Kijiya. Dia seorang budak perempuan yang serius dalam pertarungan dan juga latihan, berbeza dengan Kijiya. Ujin sering bertikam lidah dengan Kijiya biarpun di dalam pertarungan. Ujin adalah anak perempuan pengarah Syarikat PTT Sdn. Bhd. yakni Franjlin Anes dan ayahnya merupakan seorang ahli sihir. Dia telah melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mencari ayahnya. Dalam pencarian itu, dia telah bertemu dengan Master Kutaa dan pelajar sekolah 0109 dan kemudian telah belajar untuk menjadi seorang ahli sihir. Senjata ahli sihir bagi Ujin ialah dua patah pistol kayu.

Okra

Teman sepasukan Kijiya yang rapat dengannya. Okra seorang yang kuat makan, disebabkan itu dia berbadan besar, dia juga merupakan ahli yang paling tinggi dalam pasukan ahli sihir Sekolah 0109. Senjata Okra ialah sepasang sudu dan garpu besar yang diperbuat daripada kayu yang diberi nama "Gaint garpu dan pisau". Okra juga mempunyai kuasa kikai Smash bomb. Dia berasal dari Kampung Hutanah dan merupakan anak kedua daripada dua adik beradik. Ibu bapanya mati ketika kampungnya diserang oleh pelesit. Abangnya pula mati selepas tiba di Sekolah 0109 kerana terlalu lemah akibat kelaparan . Okra menjadi seorang yang kuat makan kerana kata abangnya,yang mengatakan "Kalau kau tidak makan, macam mana kita mahu balas dendam demi ibu bapa kita ?"[1]

Master Kutaa

Cikgu kepada sekolah ahli sihir Kijiya iaitu Sekolah Ahli Sihir 0109. Kijiya dan rakan-rakannya memanggilnya sebagai Cikgu Kutaa tetapi cikgu-cikgu ahli sihir lain memanggilnya Master Kutaa kerana dia dikatakan seorang ahli sihir lagenda. Menurut Kijiya, Cikgu Kutaa merupakan seorang yang pemalas. Dia diberi tanggungjawab oleh ibu Kijiya untuk menjaga Kijiya. Senjata utamanya ialah Metal Defender-37.[2]

Cikgu Desea

Seorang cikgu ahli sihir yang berbadan sasa. Dia adalah seorang yang cacat anggota di mana kedua belah tangannya puntung. Pun begitu, dia seorang yang hebat dan boleh menggunakan kedua belah kakinya dan bahagian badannya yang lain dengan bijak.

Cikgu Zoe

Salah seorang penyelia East Park 23. Dia menyimpan perasaan terhadap Master Kutaa tapi tidak diendahkan. Pada bahagian 33, Cikgu Zoe tampil dengan gaya rambut baru. Dia bertekad untuk menjadi seorang ahli sihir selepas dia diselamatkan oleh Master Kutaa.

James

Salah seorang pelajar 2071 yang menyertai ujian untuk menjadi ahli sihir level 1. Dia seorang anak orang kaya dan berlagak. Dia telah jatuh hati terhadap Ujin selepas Ujin menyelamatkan dia semasa ujian menjadi ahli sihir level 1.

Irene

Seorang pelajar perempuan sari Sekolah 2071 yang merupakan kawan kepada James.

Black Jack

Seorang ahli sihir matang handalan yang mampu mengalahkan pelesit level 5. Dia mula muncul dalam siri in dalam bahagian ke-11.

Heavygear Joe

Seorang ahli sihir matang berbadan sasa dan tinggi. Dia mempunyai sifat suka meninggi diri. Kijiya dan rakan-rakannya mula menemui Joe ketika mereka datang ke East Park 23 untuk mengambil ujian menjadi ahli sihir level 1. Joe meminati Cikgu Zoe dan sering kali mengaku yang dia merupakan bekas teman lelaki Cikgu Zoe. Senjata Joe digelar full gear combat dan dia mempunyai kuasa soul machine.

Julia Eros

Seorang ahli sihir matang perempuan, berusia 22 tahun, yang memilik sebuah trak Bigfoot. Dia mula muncul pada bahagian 38 dalam misi pertama pelajar Sekolah 0109 sebagai ahli sihir level 1. Dia merupakan ahli sihir yang perlu dibantu oleh pelajar Sekolah 0109, untuk merentasi Seksyen 0239 ke Bandar Proton untuk menghantar EH ke sana.

Asa

Seorang ahli sihir yang merupakan teman wanita Kutaa selama 14 tahun. Dia telah mengenali Kijiya sejak Kijya lahir lagi. Dia merupakan kapten ahli sihir Sektor 9.[3]

Pelesit

Pelesit ialah makhluk-makhluk yang merupakan musuh kepada manusia dan ditentang oleh para ahli sihir. Pelesit-pelesit mempunyai rupa yang berbeza dan saiz berbeza. Kemunculan pelesit bermula selepas bencana Tsunami melanda.

Sharan Bapa kepada Kijiya dan telah mati dibunuh oleh ahli sihir.Nisa Pelesit tahap tinggi yang merupakan kawan kepada Sharan yang telah berjanji kepada Sharan untuk menjaga Kijiya, namun tidak tercapai kerana Kijiya dibawah jagaan Master Kutaa yang bukan tandingannya. Dia telah tercedera selepas bertembung dengan Master Kutaa semasa dia cuba untuk menculik Kijiy, dan kemudian diserang lagi oleh Borneo Brothers. Selepas diserang, dia telah ditemui oleh X-Bot milik Reda dan telah diselamatkan. Nisa menetap bersama Nisa sementara memulihkan kuasanya.Borneo Brothers Adik-beradik palesit yang ingin membunuh Kijiya tetapi kemudiannya dibunuh oleh Cikgu Kutaa.Wild Dog Mula muncul pada bahagian 43. Dia merupakan seekor pelesit gila yang mampu berubah menjadi seekor anjing ganas.Judith MullanePelesit yang ingin menakluki dunia. Sebelum ini dia dipenjarakan di South Station 84 tetapi telah membebaskan diri dengan bantuan sekumpulan bomoh.[4]

Lain-lain

Reda Seorang gadis buta yang tinggal bersama X-Bot di dalam hutan. Dialah yang telah menyelamatkan Nisa selepas Nisa diserang oleh Borneo Brothers. Reda sebenarnya merupakan robot yang digelar White Angel dan dicipta oleh seorang profesor dunia bernama Kuf. Dia dicipta bagi melindungi grave conmos daripada dirampas pelesit . Reda bagaimanapun telah dihapuskan oleh Mr Nisa bagi merampas kuasa Grave Conmos .Uncle Pafka Seorang peniaga di kampung berhampiran Sekolah Ahli Sihir 0109. Dia menjalankan urus niaga pertukaran ron kepada duit.X-Bot Robot milik Reda yang telah menemui Nisa yang cedera.