Etimologi Kike

Etimologi perkataan ini tidak pasti. Mungkin perkataan ini merupakan ubahan akhiran umum untuk nama-nama peribadi Yahudi Eropah Timur yang berhijrah ke Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Rekod penggunaan istilah ini yang pertama adalah pada tahun 1904.[1][2]

Menurut Leo Rosten,

"Perkataan kike bermula di Pulau Ellis, semasa penghijrah Yahudi yang buta huruf (atau tidak mampu menggunakan abjad Rumi Inggeris), apabila diminta menandatangani borang kemasukan dengan 'X' yang sebagai amalan biasa, mereka menolak—dan membuat satu bulatan. Perkataan Bahasa Yiddish untuk bulatan ialah kikel (disebut sebagai KAI - kel), dan untuk 'bulatan kecil', kikeleh. Inspektor imigresen memanggil sesiapa yang menandatangani dengan 'O' daripada 'X' seorang kikel atau kikeleh atau kikee atau, akhirnya, kike."[3]

Pada pandangan kebanyakan Yahudi Eropah, palang merupakan lambang Kristian dan anti-semitism yang mana mereka mencari perlindungan di Dunia Baru. Menurut Rosten, peniaga Yahudi Amerika kekal menggunakan tanda tangan 'O' dan bukannya 'X' selama beberapa dekad, menyebabkan nama gelaran kike tersebar di mana sahaja mereka berada. Pada masa itu kike lebih menjurus kepada istilah mesra, digunakan oleh Yahudi bagi menggambarkan Yahudi yang lain, dan hanya bertukar menjadi celaan ras kemudiannya.[2]

Satu pilihan lain kepada etimologi yang dicadangkan ini diberi dalam "How the Irish Invented Slang: the Secret Language of the Crossroads" oleh Daniel Cassidy, di mana Cassidy mencatatkan bagaimana perkataan Bahasa Ireland "Ciabhóg" (disebut k'i'og) menjadi istilah umum yang digunakan oleh Orang Irish dan Orang Irish-Amerika untuk menandakan Payot Yahudi Ortodoks. Perkataan 'Ciabhóg' bermaksud 'ikalan tepi', yang apa Payot bermaksud.

Satu pilihan lain:Perkataan "kike" digunakan sebagai istilah penghinaan kepada Yahudi dan kegunaannya dalam astrologi dalam keugamaan.[perlu rujukan] Istilah Zodiac datang dari Yunani Purba "Zodiakos Kyklos" dan merujuk kepada 'bulatan haiwan.' Astrology Zodiac Wheels

Berkaitan