Kilim
Kilim

Kilim

Kilim terletak di tepi Sungai Kilim , di timur laut pulau Langkawi , Kedah , Malaysia. Dari Pekan Kuah , Kilim terletak di sebelah kanah Jalan Air Hangat.Kilim merupakan ekosistem bakau terunggul di rantau ini , unik kerana membiak pada kawasan batu kapur. Taman Georimba Kars Kilim menonjolkan lanskap kars kepulauan yang sangat indah dibina oleh bukit-bukau dan pulau-pulau kars hampir tegak atau separa membulat dengan pinakel pelbagai bentuk dan saiz dipisahkan oleh jurang dan lembah sempit penuh dengan hutan bakau. Dinding batu kapur kelabu menjadi taman, tergantung yang dramatik dengan palma dan pokok melekap dan bergantungan di dinding.Bukit-bukau dan piulau-pulau ini kelihatan soelah-olah terapung di atas bakau yang menghijau dengan helang beterbangan di sekitarnya. Di dalam batu kapur Kilim terdapat banyak gua dan terusan bawah tanah , gua laut , takik laut , gerbang laut , tunggul laut , wang dan tasik air tawar seperti Tasik Langgun yang menyediakan tapak untuk penjelajahan dan pengembaraan yang menarik.Anda tidak perlu pergi jauh untuk menjejaki fosil pada batu kapur dalam taman georimba ini. Fosil-fosil Kilim merupakan buku sejarah yang mengisahkan bahawa batu kapur Formasi Setul di sini telah terbentuk pada pelantar laut cetek kuno antara zaman Ordovisi hingga Devon ( 490-370 tahun ).