Kilobit

Kilobit ialah unit maklumat, dengan simbol kb, yang kekadang salah disingkatkan kepada kbit.Takrif piawainya ialah 1 kilobit = 103 bit = 1,000 bit. Dalam konteks saiz ingatan-storan dan ruang-alamat, takrif perduaan alternatif yang merupakan 210 = 1,024 bit kekadang digunakan (sila lihat awalan perduaan), walaupun kegunaan ini adalah kabur maknanya.Kilobit seringnya digunakan untuk menyatakan kelajuan komunikasi digital, misalnya sambungan internet PSTN 56 kbit/s atau jalur lebar 512 kbit/s. Dalam konteks kelajuan penghantaran telekomunikasi, takrif perpuluhan 1 kilobit = 1,000 bit digunakan secara tetap.Kilobit adalah berkait rapat dengan kibibit yang mempunyai nilai 210 = 1,024 bit tanpa sebarang kekaburan.Kilobit (disingkatkan kepada kb dengah huruf kecil b) harus tidak dikelirukan dengan istilah kilobait (disingkatkan menjadi kB dengan huruf besar b).