Kim Fukazawa

Nurul Hafiza binti Mohd Sakri atau lebih dikenali sebagai Kim Fukazawa (lahir 17 Februari 1987) merupakan seorang pelakon, model, pelagak ngeri dan penari Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai penari profesional dan terlibat secara langsung dalam bidang lakonan filem dan sejumlah rancangan televisyen. Pada tahun 2014, beliau bergiat aktif sebagai pelakon aksi. Beliau telah menghadiri kursus profesional di Australian Stunt Academy (2016), Hollywood Advance Stunt Academy (2017) dan telah dianugerahkan sebagai pelakon aksi profesional. Kim ialah adik kepada pelakon Pablo Amirul.[1][2][3]

Kim Fukazawa

Kelahiran Nurul Hafiza binti Mohd. Sakri
(1987-02-17) 17 Februari 1987 (umur 33)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saudara Pablo Amirul (abang)
Nama lain
  • Kim Fukuzawa
  • Fiza Fukazawa
Tahun aktif 2013–kini
Pekerjaan Pelakon, model, pelagak ngeri, penari