Kim_Jong-un
Kim_Jong-un

Kim_Jong-un

Kim Jong Un [5] (Hangul: 김정은; Hanja:金正恩) juga dieja ,sebagai Kim Jong-un, Kim Jong-eun atau Kim Jung-eun,[6] (lahir 8 Januari 1984),[7] merupakan penyandang jawatan Pemimpin Agung Korea Utara. Beliau secara rasminya diisytiharkan sebagai Pemimpin Agung selepas kematian bapa beliau, iaitu Pemimpin Agung Korea Utara yang kedua, Kim Jong Il.[8] Beliau merupakan anak lelaki ketiga dan bongsu kepada pendahulunya, Kim Jong Il dan isterinya Ko Young-hee.[9] Sejak akhir tahun 2010, Kim Jong Un dianggap sebagai pewaris sah kepimpinan negara, dan selepas kematian bapanya, beliau diumumkan sebagai "Pewaris Agung" oleh media Korea Utara.[10] Di upacara peringatan Kim Jong-il, presiden Korea Utara, Kim Yong Nam mengisytiharkan bahawa "Rakan seperjuangan terhormat Kim Jong Un merupakan pemimpin agung parti, tentera dan negara yang mewarisi fahaman, kepimpinan, keperibadian, nilai-nilai murni, kecekalan hati dan keberanian rakan seperjuangan terhormat Kim Jong Il".[11] Kim tidak dijangka memegang jawatan secara rasmi sehingga para pegawai parti, parlimen dan pemerintahan atasan bersidang untuk mengesahkan perlantikannya selaku Setiausaha Agung Parti Buruh Korea dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat.[11][12] Pada 30 Disember 2011, Politburo Parti Buruh Korea melantik Kim sebagai Pemerintah Tertinggi Tentera Rakyat Korea secara rasmi.[2]Dalam Tentera Rakyat Korea, beliau berpangkat Daejang (Hangul: 대장; Hanja:大將) yang bersamaan dengan Jeneral.[13] Kim dipercayai mengkaji sains komputer secara persendirian di Korea Utara.[14] Beliau meraih dua ijazah, iaitu satu dalam bidang fizik di Universiti Kim Il Sung dan satu lagi di Akademi Tentera Kim Il Sung.[15][16]

Rujukan

WikiPedia: Kim_Jong-un http://www.dailynk.com/english/read.php?cataId=nk0... http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM... http://latimesblogs.latimes.com/world_now/2011/12/... http://news.naver.com/main/hotissue/read.nhn?mid=h... http://video.nytimes.com/video/2010/09/30/world/as... http://www.pyongyangsquare.com/whois/ http://www.time.com/time/world/article/0,8599,2102... http://www.washingtonpost.com/world/asia-pacific/n... http://online.wsj.com/article/SB100014240529702047... http://news.khan.co.kr/kh_news/khan_art_view.html?...