Kimia

Kimia (Tulisan Jawi: كيميا; Bahasa Inggeris: Chemistry) merupakan cabang sains yang berkenaan dengan komposisi, struktur, dan ciri jirim, dan juga perubahan yang dialami oleh jirim tersebut apabila didedahkan kepada jirim yang lain ataupun ketika berlaku perubahan keadaan fizikal di sekeliling jirim tersebut. Kimia merupakan sains fizikal yang melibatkan kajian pelbagai atom, molekul, hablur dan bentuk jirim lain baik diasingkan atau disebatikan, yang membabitkan konsep tenaga dan entropi berkenaan dengan kespontanan proses kimia.Kimia dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:Pelbagai bahagian baru seperti neurokimia telah wujud kebelakangan ini.Kimia moden berkembang daripada ilmu alkimia semasa revolusi kimia 1773.