Kiropraktik
Kiropraktik

Kiropraktik

Akupunktur · Ayurveda · Herbalisme · Homeopati · Kiropraktik · Naturopati · Osteopati · Perubatan antroposofik ·Kiropraktik ialah disiplin dan profesion penjagaan kesihatan yang menekankan menekankan diagnosis, rawatan, dan pencegahan gangguan mekanik pada sistem muskuloskeletal, khususnya tulang belakang, atas hipotesis bahawa gangguan itu akan menjejaskan kesihatan umum menerusi sistem saraf.[1] Ia umumnya dikategorikan sebagai perubatan pelengkap dan alternatif (CAM),[2] suatu penyifatan yang ditolak oleh banyak pakar kiropraktik.[3] Walaupun pakar kiropraktik mempunyai banyak sifat pembekal rawatan asas, mereka mempunyai lebih banyak sifat bidang perubatan seperti bidang pergigian dan podiatri.[4] Teknik rawatan kiropraktik utama melibatkan terapi insani, termasuk pemanipulasian tulang belakang, sendi, dan tisu lembut. Rawatan juga termasuk senaman serta kaunseling kesihatan dan gaya hidup.[5] Kiropraktik tradisional menganggap bahawa subluksasi ruas tulang belakang atau disfungsi sendi tulang belakang akan mengganggu fungsi tubuh dan kecerdasan semula jadi,[6] suatu anggapan vitalistik yang mengakibatkan ejekan daripada sains dan perubatan aliran utama.[7]D.D. Palmer mengasaskan kiropraktik pada 1890-an lalu anaknya, B.J. Palmer, membantu memperluaskannya pada awal abad ke-20.[8] Bidang kiropraktik kini mempunyai dua aliran utama: Bidang kiropraktik kini sudah mantap di Amerika Syarikat, Kanada, serta Australia [10] dan merupakan profesion kesihatan yang ketiga terbesar, didahului hanya oleh bidang perubatan dan bidang pergigian.[11] Kebanyakan orang yang mencari rawatan kiropraktik berbuat demikian bagi merawat sakit belakang bawah.[12]