Kitab_Yesaya

Kitab Yesaya ini disebut menurut nama seorang nabi besar yang bernama Yesaya yang hidup di Jerusalem dalam bahagian kedua abad kelapan sebelum Masihi. Nama Yesaya diambil dari bahasa Ibrani: ישׁעיהו Yeshayahu atau Yəša‘ăyāhû. Ertinya “Penyelamatan Yahwe”.Seluruh kitab ini dapat dibahagikan ke dalam tiga bahagian utama iaitu:Para pakar ilmuan Biblika memberikan nama Yesaya secara berbeza-beza mengikut pandangan masing-masing dari ketiga-tiga bahagian kitab ini. Fasal 1-39 dinamai Proto-Yesaya, fasal 40-55 dinamai Deutero-Yesaya, dan fasal 56-66 dinamai Trito-Yesaya. Mereka juga menduga bahawa setiap bahagian itu ditulis oleh penulis yang berlainan pula.Jadi disini telah timbulnya suatu kecelaruan yang ketara dalam Kitab Yesaya tentang keasliannya.