Klad ialah sepatah istilah dalam bidang
kladistik. Untuk tujuan praktik, "klad" biasanya merujuk kepada:Sebenarnya, klad ialah suatu
hipotesis saintifik tentang perhubungan evolusi organisma yang termasuk penganalisisan, berdasarkan data yang dipertimbangkan dalam penganalisisan klad. Oleh itu, klad bergantung kepada data untuk menghasilkannya; sesuatu klad boleh disokong atau dibuktikan salah oleh penganalisisan-penganalisisan kemudian yang menggunakan data yang lain. Jika sesuatu klad terbukti kukuh dalam penganalisisan-penganalisisan yang menggunakan jenis-jenis data yang berlainan, klad itu mungkin boleh ditukarkan kepada
taksonomi: dengan demikian, klad itu menjadi
takson, dan menerima nama formal dan
aras sendiri. Idea bahawa semua
takson harus merupakan klad telah menerima sokongan yang meluas, tetapi idea itu masih penuh dengan perbalahan. Sesuatu klad mungkin secocok dengan sesuatu takson yang wujud, dan sebaliknya: sila lihat
gred.
FiloKod ialah satu percubaan untuk mencipta Kod yang akan membenarkan klad untuk mendapat nama formal sendiri.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.