Kleveit

Klevait (Inggeris: cleveite) ialah sejenis uraninit radioaktif tidak tulen yang mengandungi uranium dan ditemui di Norway. Ia mempunyai komposisi UO2 dengan kira-kira 10% daripada uranium digantikan dengan unsur nadir bumi.[1] Ia dinamakan sempena nama ahli kimia Sweden, Per Teodor Cleve.Klevait merupakan sumber helium di bumi yang pertama diketahui. Mineral ini menghasilkan helium dalam jangka masa yang lama melalui pereputan alfa uranium dan mengumpulkannya di dalam mineral itu. Sampel pertama helium telah diperolehi oleh William Ramsay pada 1895 apabila beliau mengenakan asid kepada mineral ini.[2] Cleve dan Abraham Langlet berjaya mengasingkan helium daripada klevait dalam kira-kira masa yang sama.Yttrogummite ialah satu varian klevait yang juga ditemui di Norway.