Klip video Lingam
Klip video Lingam

Klip video Lingam

Isu klip video "Lingam" muncul pada 2002 tetapi menimbulkan kontroversi di Malaysia pada tahun 2007. Klip video ini dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka, Datuk V.K. Lingam dan seorang hakim kanan bagi mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada 2002.[1]Gambar video ini tidak begitu jelas tetapi transkrip perbualan telah disiapkan. Kemungkinan video ini dirakam dengan telefon kamera 1.2 megapiksel. Klip video ini menjadi serius kerana cubaan mengatur pelantikan Ketua Hakim Negara dan lain-lain. Kredibiliti badan kehakiman akan dipersoalkan.Menurut Kod Etika Kehakiman 1964, Peruntukan 3 (d), perbuatan melobi oleh seseorang hakim boleh mencemarkan nama baik Badan Kehakiman. Seseorang hakim tidak boleh berkelakuan tidak jujur sehingga mencemar nama Badan Kehakiman.

Rujukan

WikiPedia: Klip video Lingam http://agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=c... http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3...