Kobe
Kobe

Kobe

Kobe merupakan bandar pelabuhan dan bandar raya di Jepun yang terletak di wilayah Kansai, di barat Osaka. Kobe yang dihuni seramai 1.5 juta orang merupakan bandar keenam terbesar di Jepun.Kobe dikategorikan sebagai bandar terancang yang terangkum dalam metropolitan Osaka-Kobe-Kyoto.Pelabuhan Kobe pertama kali terbuka kepada perdagangan dengan Eropah semenjak 1868. Terdapat 45,000 warga negara asing tinggal di Kobe dari 100 buah negara. Antara syarikat antarabangsa yang beroperasi di Kobe ialah Procter & Gamble dan Nestle. Tempat ini juga merupakan asal nama daging lembu Kobe.