Kok_Lanas

Kok Lanas (Tulisan Jawi: كوك لانس) merupakan sebuah pekan yang terletak di negeri Kelantan dalam kawasan Ketereh atau jajahan Kota Bharu. Ia turut ditadbir oleh Majlis Daerah Ketereh. Kok Lanas merupakan antara bandar satelit di Kelantan, yang jaraknya sekitar 27KM dari bandar Kota Bharu[1]. Terdapat sebuah kem Tentera Darat ATM di sini iaitu Kem Desa Pahlawan. Tan Sri Abdullah Ahmad yang merupakan bekas setiausaha politik kepada Tun Abdul Razak berasal dari sini.