Koko_ni_Ita_Koto
Koko_ni_Ita_Koto

Koko_ni_Ita_Koto

Koko ni Ita Koto (ここにいたこと) merupakan album studio pertama daripada kumpulan AKB48. Album ini sepatutnya dipasarkan pada 6 April 2011 tetapi telah ditunda (kerana bencana gempa bumi dan Tsunami yang berlaku di Sendai, Jepun pada 11 Mac 2011) ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Album studio ini dipasarkan dibawah label KING RECORDS dalam 3 versi iaitu edisi terhad CD+DVD (KIZC.90117~90118), edisi biasa CD+DVD ([KIZC-117~118) dan edisi teater CD sahaja (NKCD-6546). Edisi terhad CD+DVD dipasarkan dalam kotak istimewa dimana terdapat bonus 100 muka surat buku foto yang gambarnya diambil oleh Ninagawa Mika (pengarah muzik video "Heavy Rotation"), satu foto yang dipilih dari 14 jenis secara rawak dan kad loteri untuk hadiah istimewa dari AKB48. Edisi biasa CD+DVD terdapat bonus 14 muka depan yang lain, dan edisi teater terdapat tiket majlis bersalaman dan bergambar dan satu foto anggota kumpulan AKB48 yg dipilih secara rawak.

Koko_ni_Ita_Koto

Dikeluarkan pada 8 Jun 2011
Penerbit Akimoto Yasushi
Dirakam pada 2010-2011
Genre J-pop, Dance, electronica, Hip Hop, Breakbeat
Syarikat You! Be Cool!/King Records