Kolej_Pendidikan_INTEC

INTEC atau International Education Centre (Pusat Pendidikan Antarabangsa) atau Kampus Satelit UiTM Seksyen 17 merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang terletak di negeri Selangor Darul Ehsan. Ia terletak cuma kira-kira tiga kilometer daripada kampus induk UiTM di Shah Alam. Kampus ini merupakan pusat persediaan pelajar-pelajar ke luar negara.