Kolej_Perubatan_Manipal_Melaka

Kolej Perubatan Manipal Melaka ialah kolej swasta yang pertama di Malaysia yang menawarkan ijazah MBBS dalam bidang perubatan. Kolej ini yang terletak di Melaka merupakan sebuah usaha sama antara Malaysia dengan India.Para pelajar menyertai 2.5 tahun kursus sains asas dan latihan klinikal pengenalan di kampus Manipal di Karnataka, India dan kemudian menyertai pendidikan perubatan dan latihan klinikal lanjut di kampus Melaka di Malaysia. Kolej Perubatan Manipal Melaka adalah salah satu kolej juzuk Universiti Manipal.

Kolej_Perubatan_Manipal_Melaka

Ditubuhkan pada September 1997
Lokasi Melaka, Malaysia, India
Kampus Melaka (Malaysia), Manipal (India)
Presiden Dr Ramdas Pai
Laman web www.manipal.edu.my/melaka
Moto Dilhami oleh Nyawa
Jenis Kolej Perubatan Swasta