Kolonel

Kolonel (disebut /ˈkɜrnəl/) (Kol atau KOL) merupakan satu pangkat tentera di dalam pegawai tauliah. Ia juga digunakan dalam beberapa pasukan polis dan struktur pangkat separa tentera. Kolonel biasanya bertanggungjawab ke atas sebuah rejimen di dalam tentera darat.Pada hari ini, seorang kolonel adalah pangkat tentera medan yang berada pada kedudukan tertinggi, atau kedua tertinggi selepas jeneral. Di dalam pasukan tentera yang kecil, kolonel boleh menjadi pangkat tertinggi yang boleh disandang.

Berkaitan