Komander

Komander (Bahasa Perancis: Commandeur) ialah salah satu pangkat yang terdapat dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Komander setara dengan Leftenan Kolonel Tentera Darat dan Leftenan Kolonel TUDM. Komander juga setaraf dengan Commander dalam kebanyakan tentera laut di dunia. Komander lebih kanan dari Leftenan Komander tetapi lebih muda (junior) dari Kepten.Selain dari tentera laut, pangkat Komander juga adalah pangkat pegawai bagi tentera udara. Istilah Komander juga digunakan sebagai satu kedudukan atau gelaran dalam organisasi formal yang lain, termasuk beberapa pasukan polis.Komander juga merupakan istilah generik bagi pegawai memerintah mana-mana unit tentera, sebagai contoh "komander platun", "komander briged" dan "komander skuadron". Dalam polis, istilah seperti "komander daerah" dan "komander insiden" digunakan.