Kompleks_Sukan_Sultan_Qaboos
Kompleks_Sukan_Sultan_Qaboos

Kompleks_Sukan_Sultan_Qaboos

Kompleks Sukan Sultan Qaboos (Bahasa Arab: مجمع السلطان قابوس الرياضي‎) juga di kalangan tempatan dikenali sebagai, Boshar (Bahasa Arab: بوشر‎), adalah stadium pelbagai guna kepunyaan kerajaan di dalam daerah Boshar Muscat, Oman. Kebanyakannya kini digunakan untuk perlawanan bola sepak, dan juga mempunyai kemudahan bagi olahragawan. Pada asalnya stadium mempunyai kapasiti lebih 40,000, tetapi selepas pengubahsuaian, kapasitinya berkurangan hingga ke 34,000 orang. Ia adalah juga stadium bagiPasukan bola sepak kebangsaan Oman. Stadium Qaboos telah digunakan sebagai stadium utama pada Piala Negara-Negara Teluk 2009, dan juga telah digunakan bagi pertandingan Piala Negara Teluk 1996. Kompleks itu mempunyai keselamatan yang tinggi, dan mempunyai tempat letak kereta yang besar dan berkapasiti lebih 10000 tempat.