Komputer rumah
Komputer rumah

Komputer rumah

Rencana ini terutamanya adalah mengenai satu kelas komputer peribadi yang dikeluarkan antara akhir dekad 1970-an dan pertengahan dekad 1980-an. Sila lihat Domotik atau pelayan rumah untuk komputer rumah yang digunakan dalam pengautomatan rumah.
Komputer rumah ialah kelas komputer peribadi yang menyertai pasaran pada tahun 1977 dan kemudian menjadi umum pada sepanjang dekad 1980-an.[1] Ia dipasarkan sebagai komputer peribadi yang mampu dibeli oleh orang ramai, selain daripada:Pendekatan penjualan persisian secara berasingan merupakan salah satu ciri yang mentakrifkan rumah komputer. Komputer rumah seringnya menghasilkan grafik dan bunyi yang lebih baik, berbanding dengan komputer peribadi perniagaan pada masa itu. Sesungguhnya, sempadan antara komputer rumah dan komputer peribadi perniagaan kemudian dikaburi kerana kedua-duanya menggunakan sistem pengendalian, pemproses, dan persisian yang sama.[2]