Konflik

Konflik atau Konfrontasi merupakan proses di mana pihak dengan keinginan berlainan setiap satunya percaya bahawa yang lain cuba atau bertindak menentang mereka, dan melakukan tingkah-laku yang merosakkan pihak lain. Konflik biasanya bermaksud perselisihan, namun boleh juga diertikan pertikaian. Sungguhpun konflik sering dilihat sebagai negetif, dalam keadaan tertentu, ia mampu membawa hasil yang baik.