Konfusianisme
Konfusianisme

Konfusianisme

Konfusianisme (pinjaman kata Bahasa Inggeris: Confucianisme daripada nama "Confucius") bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.Asas sistem pemikiran ini didirikan oleh Kongzi yang lahir di negara China pada tahun 551 SM; ajarannya dinamakan daripada nama diberikannya kepadanua dalam bahasa Latin iaitu "Confucius". Beliau merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun. Kongzi banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 S.M.Ajaran ini mempunyai beberapa titik muncul yang utama:Beliau tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik.Ia dikembangkan oleh muridnya Mengzi ke seluruh tanah China dengan beberapa perubahan ketara. Konfucius disembah sebagai seorang dewa dan agama baru tetapi dia sebenarnya adalah manusia biasa. Pengagungan yang luar biasa kepada Kongzi telah menukar falsafahnya menjadi sebuah agama dengan mengadakan perayaan-perayaan tertentu bagi mengenangkannya.