Kongres_Bahasa_dan_Persuratan_Melayu

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM) merupakan suatu majlis yang menghimpunkan ahli-ahli kongres yang terdiri dari para penulis, peminat sastera, pencinta bahasa dan budaya Melayu serta para cendekiawan Melayu yang mewakili badan bahasa dan persuratan Melayu dari seluruh negara Malaysia. Kongres ini juga akan mengeluarkan keputusan-keputusan yang mendapat persetujuan dari ahli-ahli kongres menerusi cabutan undian, dimana keputusan-keputusan yang dicapai merupakan hasrat sebenar ahli kongres dalam mengembalikan hak-hak keutamaan bahasa dan persuratan Melayu sebagai agenda utama pemartaban bahasa rasmi di Malaysia.Setakat ini kira-kira 9 sidang kongres telah dilaksanakan di pelbagai tempat iaitu:Berikut adalah sorotan ketetapan yang dipersetujui sepanjang sejarah pemantapan bahasa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu yang dibuat oleh kongres. Pelbagai ketetapan demi ketetapan dalam memperkukuhkan nilai bahasa dan persuratan Melayu telah dicanang oleh kongres namun, perubahan setimpal dilihat agak sukar direalisasikan atas pelbagai faktor yang menyebabkan pendaulatan bahasa dan persuratan Melayu di bumi Malaysia acap kali gagal terlaksana.

Rujukan

WikiPedia: Kongres_Bahasa_dan_Persuratan_Melayu http://arkibattakiri.blogspot.com/2009/02/kesan-sa... http://kembarabahasa.blogspot.com/2011_10_01_archi... http://wwwdakabeblogpotcom.blogspot.com/2011/06/ko... http://melayuonline.com/ind/culture/dig/1817/kongg... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kongres... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://klikweb.dbp.my/?p=1416 http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1nov6.pdf http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=197 http://pdffinder.net/Kongres-Bahasa-dan-Persuratan...